NIBONG TEBAL: Seorang penunggang motosikal maut selepas kenderaan ditungganginya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 161.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berdekatan Plaza Tol Jawi, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2.50 petang itu, motosikal mangsa merempuh belakang lori membawa muatan kertas dari arah Butterworth menuju ke Ipoh, Perak.
Pemandu lori berkenaan yang enggan dikenali, berkata lorinya bergerak perlahan menggunakan laluan kiri sebelum terdengar bunyi dentuman di belakang lorinya.
“Sejurus mendengar dentuman berkenaan, saya memberhentikan lori dan mendapati sebuah motosikal melanggar belakang lori.
“Saya tidak mampu buat apa-apa kerana penunggang motosikal berkenaan cedera parah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.
Sementara itu, mayat mangsa dikenali sebagai Mohd Radzali Salleh, 52, dari Taman Berjaya, dekat sini dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata kejadian itu berlaku apabila lori berkenaan mengubah laluan ke kiri lebuh raya sehingga menyebabkan mangsa merempuh bahagian belakang kiri lori terbabit dan maut di tempat kejadian.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di talian 04-5932222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan